Siput sedut/belitung
Image siput sedut
Ada dua jenis siput sedut yg sering di makan di Malaysia : siput sedut laut & sungai .
Habitat siput sedut :
Siput sedut laut berwarna coklat, seperti di gambar dan sering terdapat di kawasan air payau di tepi pantai laut yang banyak tumbuhan bakau & berlumpur . Ia akan bergerak, merayap , keatas kebawah pokok bakau mengikut pasang surut air laut . Kadang2 kelihatan terapong & tergolek2 di persisiran pantai laut yg berlumpur .
Siput sedut sungai pula berwarna hitam juga biasa kelihatan mndakap di batang cerucuk kayu bakau di tebing kawasan sungai yg berlumpur .
Nama scientific : Cerithidea
Size : 4-5 cm .
Cara membeli .
Siput sedut boleh di pungut d pantai atau di beli di pasar tani atau super market . Yg terdapat di pasar selalu nya sudah d bersihkn . Harus ingat yg bersih selalu nya seberkemungkinan kurang berisi berbanding yang brlumpur kerana lumpur mungkin mengadungi bahan makanan siput . Mudah kata , kalau hendak yang berisi pilih lah yang baru dan sedang aktiv merayap . Awas pasar2 yg menjual cengkerang hidup kerana kadang kadang mereka tidak mmberi apa2 makanan kpd jualan hidupan mereka , mereka hanya pikirkn untung sahaja .
Cara penyedian .
Sbelum mmasak , siput hendaklah d brsihkn & d perapkn dgn air payau / masin & ada juga yg mmerapkn dgn hampas kelapa . Guna mangkuk/ periuk yg brtutup kaca & braliran udara . Tutup kaca akan memudahkn kita melihat & memilih siput yg hidup . Pilih yg merayap shj , cuci & potong hujung nya yg tajam . Cara memotong terbaik adalah dengan mengguna pruning scissors yg tebal (lihat gambar)
kerana potongn mudah di halakan ke dalam mangkuk supaya tidak melantun jauh . Lain lain alat seperti kacip sireh , parang kontot boleh juga di gunakan . Jangan guna gigi sudah !
Bila muncung nya siap di potong boleh lah di goreng di bakar atau di gulaikn . Bahan asas masakan2 tersebut adalah spt berikut .
Gulai lemak siput sedut :
Siput sedut
Santan , serai , halia , kunyit (daun pun), bawang kecil & putih , assam gelugur , ubi & batang keladi yang telah di chelur & perasa .
Siput sedut goreng kicap bercili :
siput sedut , bwng kecil & putih ,ginger, kicap, cili & celery .
Sukatan , ikut sesedap anda .... Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment